Skip to main content

Dunia

Dua syarikat didapati bersalah dalam kes ubat batuk beracun di Indonesia, diarah bayar pampasan

Anggaran Waktu Membaca:
Dua syarikat didapati bersalah dalam kes ubat batuk beracun di Indonesia, diarah bayar pampasan

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 23 Aug 2024 01:28PM Dikemas Kini : 23 Aug 2024 03:31PM
AKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia mengarahkan dua syarikat tempatan untuk membayar 60 juta rupiah (S$5,042) kepada setiap keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang akut atau jatuh sakit setelah makan ubat batuk yang bertoksin.

Lebih 200 kanak-kanak di Indonesia meninggal dunia akibat kecedaraan tersebut, manakala 120 lagi
terselamat. Namun, sebilangan daripada mereka kini kurang upaya dan menyebabkan masalah kewangan kepada kedua ibu bapa.

Mahkamah Indonesia memetik kelemahan pengawasan oleh syarikat farmaseutikal, termasuk pembuat ubat tempatan dan beberapa pembekal, serta agensi makanan dan ubat-ubatan negara (BPOM), semasa sesi perbicaraan.

Pada hujung 2022, lebih 20 keluarga memfailkan saman sivil terhadap agensi itu, kementerian kesihatan dan beberapa syarikat lain.

Hakim di mahkamah Jakarta Pusat mendapati pembuat ubat dan pembekal, Afi Farma dan CV Samudera Chemical, bersalah dalam kes keracunan itu, menurut keputusan yang dikeluarkan lewat Khamis (22 Ogos).

Kementerian kesihatan dan BPOM tidak didapati bersalah.

Mahkamah mengarahkan agar syarikat membayar pampasan kepada ibu bapa sebanyak 50 juta rupiah (S$5,042) bagi kanak-kanak yang meninggal dunia dan 60 juta rupiah bagi kanak-kanak yang cedera.

Jumlah ganti rugi itu, jauh lebih rendah daripada yang dituntut oleh pihak keluarga iaitu sebanyak 3.4 bilion rupiah (S$286,000) bagi setiap kanak-kanak yang mati dan 2.2 bilion rupiah (S$185,000) untuk setiap kanak-kanak yang cedera tetapi selamat.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita