Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua rakyat Australia dari kapal pesiaran Diamond Princess dijangkiti COVID-19

Dua rakyat Australia yang dibawa pulang dari kapal pesiaran di Jepun diuji positif virus korona baru selepas pulang ke negara asal mereka, menurut jabatan kesihatan Australia pada Jumaat (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Dua rakyat Australia dari kapal pesiaran Diamond Princess dijangkiti COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 10:06AM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 10:10AM

SYDNEY: Dua rakyat Australia yang dibawa pulang dari kapal pesiaran di Jepun diuji positif virus korona baru selepas pulang ke negara asal mereka, menurut jabatan kesihatan Australia pada Jumaat (21 Feb).

Australia pada Khamis (20 Feb) membawa pulang 170 rakyat dari kapal Diamond Princess, milik Carnival Corp, yang dikenakan perintah berkurung dalam kabin mereka sejak 3 Feb apabila kapal itu dikuarantin di Yokohama, di bahagian selatan ibu kota Tokyo.

Setibanya di daerah tropika di utara Australia tempat mereka akan dikuarantin selama 14 hari, semua penumpang diperiksa dan mereka yang mengadu tidak sihat diuji untuk jangkitan virus korona.

"Enam orang dikesan mengalami simptom-simptom pernafasan yang tidak serius dan, atau demam," menurut Jabatan Kesihatan Australia dalam satu kenyataan emel.

"Dua daripada mereka diuji positif jangkitan COVID-19.

Di Stephens, seorang pegawai di Wilayah Utara, enggan mendedahkan identiti kedua-dua rakyat Australia itu, namun berkata mereka akan dipindahkan ke hospital berdekatan rumah mereka.

"Mereka terus berada dalam keadaan sihat dan tidak serius dengan simptom-simptom serupa selesema. Mereka tidak semestinya perlu dirawat di hospital tetapi besar kemungkinan akan dimasukkan ke hospital di kawasan tempat tinggal mereka," kata Cik Stephens kepada para wartawan di Darwin.

Australia kini mempunyai 17 kes virus korona, meskipun puluhan rakyatnya masih berada di atas kapal Diamond Princess di Jepun selepas dijangkiti virus itu semasa di dalam kapal.

Australia tidak merakam sebarang kes baru jangkitan virus korona sejak 1 Feb apabila negara itu menyekat ketibaan secara langsung dari tanah besar China.

Larangan itu dilanjutkan pada Khamis (20 Feb) sehingga sekurang-kurangnya 29 Feb.

Sumber : Reuters/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan