Skip to main content

Dunia

Dua pesawat KLM bertembung di landasan lapangan terbang Belanda, tiada kecederaan dilaporkan

Anggaran Waktu Membaca:
Dua pesawat KLM bertembung di landasan lapangan terbang Belanda, tiada kecederaan dilaporkan
Pesawat KLM yang terguris akibat pelanggaran. (Gambar: KLM/Reddit)
Diterbitkan : 22 Feb 2026 01:52PM
THE HAGUE: Dua pesawat yang dikendalikan syarikat penerbangan kebangsaan Belanda, KLM, bertembung di landasan tanpa menyebabkan kecederaan pada pagi Sabtu (21 Feb) di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, Belanda, lapor media tempatan.

Menurut penyiar awam Belanda, NOS, satu penerbangan baru sahaja mendarat dari Birmingham, manakala satu lagi dijadual berlepas ke Athens.

Satu daripada pesawat berada dalam keadaan berhenti, manakala satu lagi sedang bergerak.

Penumpang dan kru kedua-dua pesawat dibawa kembali ke pintu perlepasan selepas kejadian.

KLM berkata semua penumpang ditempatkan semula pada penerbangan lain.

Kedua-dua pesawat dipindahkan ke hangar untuk pemeriksaan.

KLM menyifatkan kejadian itu sebagai “sangat luar biasa”.

Punca perlanggaran masih dalam siasatan.
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita