Dua perenang cedera diserang ikan yu di Australia
Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays, Australia pada Khamis (10 Jan). Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.
Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays, Australia. (Gambar: Sarah Lai/AFP)
SYDNEY: Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays, Australia pada Khamis (10 Jan). Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.
Ketika kejadian itu berlaku, kedua-dua mangsa sedang berenang di Pantai Catseye di Pulau Hamilton. Menurut laporan berkenaan, wanita warga emas itu mengalami kecederaan di bahagian pahanya manakala remaja perempuan tersebut pula digigit di bahagian kakinya.
Pada tahun lalu, seorang lelaki maut akibat diserang jerung semasa berenang di Whitsundays Cid Harbour.
Meskipun terdapat peningkatan pada jumlah serangan di wilayah itu, para pakar mengatakan insiden berkenaan masih disifatkan terpencil.
"Kejadian serangan sangat jarang berlaku di Whitsundays," kata pakar penyelidik ikan yu, Samantha Munroe, kepada agensi berita AAP.
LAPORAN BERKAITAN:
2 pantai popular Sydney ditutup selepas ikan jerung dikesan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.