Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua maut tercampak keluar dari kereta di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki dan remaja perempuan maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Isnin malam (11 Jul). 

Demikian menurut laporan Sinar Harian. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 12.23 tengah malam.

Menurutnya, lapan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati kedua-dua mangsa iaitu Lee Kah Lok, 19 tahun, dan Ng Kui Yang, 15 tahun, tercampak keluar dari kereta jenis Honda Civic EJ.

"Remaja perempuan itu ditemukan bersebelahan kereta manakala mangsa lelaki yang merupakan pemandu didapati tersepit di bawah kenderaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari laluan arah Gelang Patah ke Skudai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Jul). 

Katanya, kereta berkenaan dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan namun kemalangan tersebut tidak membabitkan kenderaan lain.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.37 pagi Selasa (12 Jul). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan