Dua maut selepas kapal tentera laut Mexico rempuh Jambatan Brooklyn di New York
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kapal Mexico berlabuh di sebelan Jambatan Brooklyn selepas terempuh strukturnya. (Gambar AP)
NEW YORK: Sebuah kapal latihan Tentera Laut Mexico, Cuauhtémoc merempuh Jambatan Brooklyn di Bandar New York, menyebabkan kerosakan besar pada bahagian atas tiang layar dan menyebabkan dua orang maut dan lagi 17 orang cedera.
Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8.26 malam (waktu tempatan) ketika kapal itu sedang belayar melalui Sungai East dalam satu lawatan promosi.
Tiga tiang layar kapal itu terkena bahagian bawah jambatan menyebabkan sebahagian struktur patah dan runtuh.
Datuk Bandar New York, Eric Adams mengesahkan dua orang berada dalam keadaan kritikal. Kapal itu terputus bekalan elektrik lalu merempuh jambatan tersebut.
Pihak Jabatan Polis New York (NYPD) telah menutup beberapa laluan di sekitar jambatan itu dan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kapal itu dijadual belayar ke 22 pelabuhan di 15 negara termasuk Kingston, Havana, Cozumel, Reykjavik, Bordeaux, dan Aberdeen.
Mexico mengumumkan pelayaran kapal Cuauhtémoc ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.