Dua maut kereta rempuh lori tiga tan
Dua rakan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang lori di lorong kecemasan Kilometer 86, Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Lipis awal pagi ini (29 Nov).

(Gambar: Bernama)
KUANTAN: Dua rakan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang lori di lorong kecemasan Kilometer 86, Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Lipis awal pagi ini (29 Nov).
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata kejadian pukul 4.45 pagi itu menyebabkan Encik Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42 tahun, dan Encik Wan Khairul Anwar Wan
Kamarunzaman, 32 tahun, maut di tempat kejadian.
Arwah Mohd Shaiful yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan difahamkan duduk di tempat penumpang hadapan manakala Arwah Wan Khairul Anwar dari Rantau Panjang, Kelantan duduk di bahagian penumpang belakang kereta Perodua Viva yang dipandu rakan mereka.
“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan kemalangan dipercayai berlaku kerana pemandu kereta terlelap semasa memandu.
“Ia menyebabkan kereta itu merempuh sebuah lori tiga tan yang membawa pakaian terpakai menyebabkan kereta itu remuk keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Supt Azli berkata, pemandu kereta dan lori serta kelindan lori yang kesemuanya berasal dari Kelantan bagaimanapun tidak cedera dalam kemalangan itu.
Jenazah kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.