Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua maut, empat lagi parah apabila konvoi motosikal SG dirempuh lori kontena di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua maut, empat lagi parah apabila konvoi motosikal SG dirempuh lori kontena di Lebuh Raya Utara-Selatan.

(Gambar: PDRM)

Diterbitkan : 23 Mar 2024 01:45PM Dikemas Kini : 23 Mar 2024 01:59PM

BATU PAHAT: Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 111. 4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, arah utara, antara Yong Peng-Pagoh dekat sini, pada awal pagi Sabtu (23 Mac).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, maklumat berhubung kejadian kemalangan itu diterima daripada orang awam pada pukul3.00 pagi, lapor Astro Awani.

Katanya, konvoi bermotosikal disertai lapan lelaki warga Singapura itu dalam perjalanan dari Singapura mahu menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur.

"Semasa dalam perjalanan, sebuah motosikal konvoi terbabit pancit dan penunggangnya berhenti di hentian rehat dan rawat Yong Peng. Tujuh orang penunggang di hadapan telah memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.


"Kemudian datang lori kontena, dipercayai telah hilang kawalan masuk ke lorong kecemasan seterusnya terlanggar kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

"Akibat perlanggaran itu, dua orang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Encik Ismail memberitahu, pemandu lori, 33, bersama kelindan berusia 29 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Pemandu kontena yang berasal dari Kedah ditahan reman tiga hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Sementara, ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan