Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua maut, dua cedera dalam letupan di bangunan mahkamah di India

Anggaran Waktu Membaca:
Dua maut, dua cedera dalam letupan di bangunan mahkamah di India

Ibu kota India, New Delhi. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 23 Dec 2021 09:10PM Dikemas Kini : 23 Dec 2021 09:11PM

INDIA: Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera selepas satu letupan kuat berlaku di sebuah bangunan mahkamah di India pada Khamis (23 Dis).

Rakaman kejadian itu menunjukkan pegawai polis membawa mangsa yang cedera keluar dari bangunan dan meminta orang di situ supaya meninggalkan tempat tersebut. Letupan berlaku dekat bilik air bangunan mahkamah tersebut di Ludhiana, utara ibu kota New Delhi.

" Memang ada letupan tetapi kami tidak dapat mengesahkan puncanya," kata pegawai polis yang berada di tempat kejadian.

"Kami boleh mengesahkan empat orang cedera dan dua daripada mereka maut," tambahnya.

Letupan itu merosakkan tembok bilik air dan memecahkan kaca di dalam bilik lain, lapor penyiar NDTV.

Ketua Menteri Punjab, Charanjit Singh Channi berkata pemerintah berada di tahap berjaga-jaga dan siasatan akan dijalankan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba mengganggu ketenteraman dan harmoni wilayah ini," kata Encik Channi dalam catatan twitter.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan