Dua maut, 28 cedera akibat letupan bom di Filipina
Sebutir bom buatan sendiri yang menurut pasukan keselamatan diletupkan oleh kumpulan militan kecil yang menyokong ISIS, membunuh dua orang dan mencederakan puluhan lain pada Isnin (31 Dis) di selatan Filipina, menurut seorang panglima tentera.
Susulan serangan bom di pusat beli-belah di Filipina (Gambar: Reuters/media sosial)
MANILA: Sebutir bom buatan sendiri yang menurut pasukan keselamatan diletupkan oleh kumpulan militan kecil yang menyokong ISIS, membunuh dua orang dan mencederakan puluhan lain pada Isnin (31 Dis) di selatan Filipina, menurut seorang panglima tentera.
Sebahagian anggota militan yang beroperasi di kawasan selatan negara tersebut diketahui mempunyai hubungan dengan kumpulan militan antarabangsa termasuk al-Qaeda dan ISIS.
Mejar Jeneral Cirilito Sobejana, seorang panglima divisyen tentera memberitahu Reuters bom berkenaan mempunyai "ciri-ciri Daesh" iaitu satu lagi nama yang digunakan untuk ISIS.
Bom tersebut meletup di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di bandar Cotabato pada awal petang. Menurut Encik Sobejana, dua orang terkorban manakala 28 lagi cedera.
Beliau menambah, sebutir lagi bom ditemui di kawasan sama.
Encik Sobejana berkata beliau mengesyaki bahawa serangan bom itu adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan tujuh anggota militan oleh tentera pemerintah. Mereka sebahagian daripada kumpulan militan kecil and membuat ikrar setia kepada ISIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.