Dua mantan menteri pertahanan China dijatuhi hukuman mati atas tuduhan rasuah
Dua mantan menteri pertahanan China dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun, atas tuduhan rasuah.
Gambar fail mantan menteri pertahanan China Li Shangfu dan Wei Fenghe. (Gambar: AFP/Kementerian Pertahanan Rusia, Reuters/Caroline Chia)
Demikian menurut laporan media tempatan di China, Xinhua pada Khamis (7 Mei).
Kedua-dua mantan menteri itu, Wei Fenghe dan Li Shangfu dipecat daripada Parti Komunis pada 2024 kerana pelanggaran disiplin yang serius.
Hukuman mati dengan penangguhan di China biasanya ditukar kepada penjara seumur hidup.
Ini sekiranya pesalah tidak melakukan sebarang jenayah semasa tempoh penangguhan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.