Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua kanak-kanak dipercayai digantung hingga mati oleh ibu kandung

Seorang ibu warga Amerika didakwa membunuh dua anaknya yang ditemui tergantung di ruang bawah tanah rumah mereka di Pennsylvania, menurut para pendakwa.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua kanak-kanak dipercayai digantung hingga mati oleh ibu kandung

Gambar fail tukul kayu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2019 08:49PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 08:52PM

NEW YORK: Seorang ibu warga Amerika didakwa membunuh dua anaknya yang ditemui tergantung di ruang bawah tanah rumah mereka di Pennsylvania, menurut para pendakwa.

Lisa Snyder, 36 tahun, mendakwa anak lelakinya yang berusia 8 tahun dan adik mangsa, seorang perempuan berusia 4 tahun membunuh diri kerana tidak tahan dibuli di sekolah.

“Ini adalah satu kejadian yang amat tragik dan dahsyat,” menurut pendakwa daerah, John Adams kepada wartawan, selepas Snyder ditahan.

Penahanan Snyder dibuat dua bulan selepas Conner dan Brinley ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di bandar kecil Albany Township, 109 kilometer di utara Philadelphia.

Pada 23 September, Snyder yang membesarkan kedua-dua anaknya bersendirian menghubungi talian kecemasan 911 dan mendakwa menjumpai mereka dalam keadaan tergantung di ruang bawah tanah.

Pasukan perkhidmatan kecemasan menemui kedu-duaanya tergantung pada alang kayu dengan menggunakan tali pengikat leher anjing.

Mereka cuba menyelamatkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan namun mereka disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Snyder memberitahu polis, Conner sering dibuli di sekolah dan menyuarakan keinginan untuk mati.

“Budak berusia 8 tahun seperti yang saya ketahui, tidak membunuh diri jadi sudah tentu ia menimbulkan persoalan,” kata Encik Adams.

Katanya, soal siasat ke atas pihak sekolah dan saudara mara juga mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan mangsa dibuli.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit dan komputer milik Snyder pula mendapati wanita berkenaan melakukan banyak carian, membabitkan cara untuk menggantung diri dan keracunan karbon monoksida, menurut pendakwa.

Snyder yang tidak dibenarkan untuk diikat jamin didakwa dengan dua pertuduhan membunuh darjah pertama dan merosakkan bukti.

Dia turut didakwa dengan satu tuduhan melakukan hubungan seks dengan seekor haiwan. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan