Dua gempa gegar dekat pulau Sumatera, Indonesia
Dua gempa bumi kuat berlaku dekat pulau Sumatera pada awal Rabu (19 Ogos), menurut Badan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi dikesan dekat Sumatera pada pagi 19 Ogos 2020 (Petikan skrin USGS)
JAKARTA: Dua gempa bumi kuat berlaku dekat pulau Sumatera pada awal Rabu (19 Ogos), menurut Badan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa-gempa tersebut, masing-masing berukuran 6.8 dan 6.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan itu pada jarak masa enam minit antara satu sama lain dari 5.23 pagi.
Sistem Amaran dan Kawalan Tsunami Lautan Hindi menyatakan "tiada ancaman ditimbulkan kepada negara-negara di Lautan Hindi".
USGS menambah, "kemungkinan korban dan kerosakan adalah rendah".
Di Singapura, Agensi Sekitaran Kebangsaan mengeluarkan pemberitahuan pada Rabu tentang gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu.
"Tiada laporan gegaran," menurut pemberitahuan itu. "Satu tsunami tempatan mungkin berlaku dekat pusat gempa. Singapura tidak berkemungkinan terjejas oleh tsunami."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.