Dua cedera selepas bekas anggota Parlimen lepaskan tembakan di pejabat kerajaan Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan kecemasan menjalankan tugas di lokasi kejadian tembakan. (Gambar: Reuters)
- Seorang bekas anggota Parlimen melepaskan tembakan di pejabat kerajaan tempatan Nonthaburi pada 10 Ogos, mencederakan dua orang.
- Insiden ini berlaku beberapa hari selepas serangan tembakan oleh remaja di Sekolah Debsirin Nonthaburi yang mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan lebih 20 orang.
- Pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan di sekolah dan tempat awam, termasuk penggunaan alat pengesan logam dan pemeriksaan lebih ketat.
- Perdana Menteri Thailand mengarahkan penguatkuasaan lebih tegas terhadap pemilikan senjata api, manakala Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan protokol keselamatan baharu di sekolah.
BANGKOK: Seorang lelaki bersenjata ditahan selepas melepaskan tembakan di sebuah pejabat kerajaan tempatan di pinggir ibu kota Thailand pada Isnin (10 Ogos), menyebabkan dua orang cedera, menurut pihak berkuasa.
Suspek, yang merupakan bekas anggota Parlimen, melepaskan tembakan ke arah seorang pegawai kanan wilayah dan pemandunya, menurut Ketua Polis Nonthaburi Mejar Jeneral Dejrapee Kongdee.
Nonthaburi bersempadan dengan ibu kota Bangkok.
“Dua orang cedera dan mereka sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata Encik Dejrapee kepada Reuters.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melancarkan serangan di rumahnya sebelum melepaskan tembakan di Sekolah Debsirin Nonthaburi pada Jumaat (7 Ogos).
Seramai sembilan orang maut dalam kejadian itu, termasuk si penyerang, manakala lebih 20 yang lain cedera.
Ia merupakan insiden tembakan beramai-ramai paling buruk di Thailand dalam tempoh hampir empat tahun.
Para pelajar kembali ke sekolah di Nonthaburi itu pada Isnin (10 Ogos) dengan sebahagian daripada mereka perlu melalui alat pengesan logam dan pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat.
Di Sekolah Debsirin di Bangkok, yang mempunyai kaitan dengan sekolah di mana serangan tembakan itu berlaku pada Jumaat (7 Ogos) lalu, pihak berkuasa memasang alat pengesan logam dan mempertingkat langkah keselamatan.
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul turut mengarahkan penguatkuasaan lebih ketat terhadap individu yang membawa senjata api di tempat awam.
Polis juga akan mendirikan pusat pemeriksaan sebagai sebahagian daripada usaha mengetatkan kawalan terhadap pemilikan, membawa dan penggunaan senjata api.
“Tiada sesiapa berhak membawa senjata api, terutama di tempat awam,” kata Encik Anutin.
Menurut anggaran Small Arms Survey pada 2017, terdapat sekitar 10.3 juta senjata api dalam pemilikan orang awam di Thailand, bersamaan sekitar 15 senjata bagi setiap 100 penduduk.
Kadar itu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan perbezaan yang ketara berbanding negara-negara lain di rantau tersebut.
Kementerian Pendidikan Thailand pula akan membangunkan protokol keselamatan sekolah baharu dalam tempoh tiga bulan.
Ia termasuk saringan kesihatan mental, latihan tindak balas kecemasan, langkah menangani perbuatan membuli serta pengesanan senjata dan barangan larangan yang lebih baik.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.