Dua beradik terperangkap dalam kereta diselamatkan bomba
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan adik lelakinya berusia sembilan bulan terperangkap lebih setengah jam apabila terkunci dalam kereta bapa mereka di Bandar Sunway, Subang Jaya.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan adik lelakinya berusia sembilan bulan terperangkap lebih setengah jam apabila terkunci dalam kereta bapa mereka di Bandar Sunway, Subang Jaya.
Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang Jumaat (30 Nov), bapa dua beradik itu dipercayai keluar daripada kereta untuk menyerahkan surat kepada jiran dan meninggalkan anaknya di dalam kereta.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 petang sebelum enam anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Anggota bomba berusaha memberi tunjuk ajar dan memujuk kanak-kanak perempuan itu untuk membuka pintu kereta termasuk bermain-main dengannya menggunakan alat seperti lampu suluh. Dia akhirnya mengikut arahan anggota kami untuk membuka pintu kereta,” katanya dalam kenyataan media mengenai insiden itu.
Beliau berkata proses itu mengambil masa kira-kira 20 minit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.