Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Gombak

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi Isnin (2 Jan).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, sembilan tahun, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Encik Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah dikunci.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan