Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua beradik keluarga mewah antara dalang serangan nekad Sri Lanka

Dua adik-beradik lelaki yang tingal di sebuah rumah putih di Mahawela Gardens muncul sebagai dalang utama dalam serangan nekad pada Hari Easter Ahad lalu (21 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
Dua beradik keluarga mewah antara dalang serangan nekad Sri Lanka

Serangan-serangan nekad dilancarkan ke atas tiga gereja dan empat hotel pada 21 April. (Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 08:53AM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 08:56AM

COLOMBO: Dua adik-beradik lelaki yang tingal di sebuah rumah putih di Mahawela Gardens muncul sebagai dalang utama dalam serangan nekad pada Hari Easter Ahad lalu (21 Apr). Lebih 350 jiwa terkorban dalam serangan tersebut, menggemparkan negara tersebut yang sudah sedekad menikmati keamanan.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan terancang yang disasarkan terhadap tiga gereja dan empat hotel.

Pihak berkuasa di Colombo menyatakan ia yakin sebuah kumpulan pelampau tempatan, National Thowheeth Jama'ath (NTJ) - yang kurang diketahui ramai, adalah dalang serangan-serangan tersebut.

Bagaimanapun, ia menambah siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada NTJ mendapat sokongan antarabangsa.

Inshaf Ibrahim berusia 33 tahun, seorang pemilik kilang tembaga, meledakkan bom di ruang bufet sarapan yang penuh sesak di hotel mewah Shangri-La. Demikian menurut sumber terdekat keluarga itu.

Apabila polis membuat serbuan di rumah keluarga berkenaan pada hari yang sama, adik lelaki Inshaf, Ilham Ibrahim, meledakkan bom yang membunuh isteri dan ketiga-tiga anak mereka termasuk dirinya sendiri.

Nama kedua-dua beradik itu juga dilaporkan di media tempatan.

Pihak berkuasa Sri Lanka belum lagi mendedahkan identiti pengebom nekad yang lain dan polis pula tidak mahu mengulas.

Bapa kedua-dua lelaki itu, Mohamed Ibrahim, sudahpun ditahan dalam usaha polis menyiasat suspek-suspek serangan tersebut. Ibrahim, seorang peniaga rempah-ratus yang kaya dan juga tokoh masyarakat perniagaan, mempunyai enam anak lelaki dan tiga anak perempuan. Beliau disanjungi oleh ramai orang yang mengenalinya.

Menurut sumber yang dekat dengan keluarga itu, Ilham Ibrahim, 35 tahun, menyokong ideologi pelampau secara terang-terangan dan melibatkan diri dalam mesyuarat NTJ.

Abangnya, Inshaf - seorang usahawan, pada luarannya lebih moderat dalam pandangannya dan dikenali sebagai seorang yang bersifat murah hati.

Menurut sumber itu lagi, Inshaf memberi sumbangan derma kepada kakitangannya serta para keluarga yang susah. Inshaf mengahwini anak seorang pengilang barang kemas yang kaya dan dia tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan wang.

Serangan-serangan bom pada awal Ahad (21 Apr) mengecaikan keadaan tenang di Sri Lanka sejak perang saudara terhadap kebanyakan Hindu, pemisah etnik Tamil, yang berakhir 10 tahun lalu. Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan yang keganasan puak akan kembali menghantui negara itu.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan