Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua beradik ditemui hidup, dua hari selepas kemalangan meragut nyawa ibu

Dua beradik lelaki bertahan hidup bersendirian selepas terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut nyawa ibu mereka di selatan Arkansas, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua beradik ditemui hidup, dua hari selepas kemalangan meragut nyawa ibu

Dua beradik berjaya ditemui menyusuli nahas jalan raya yang meragut nyawa ibu mereka. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 04:30PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 05:24PM

ARKANSAS: Dua beradik lelaki bertahan hidup bersendirian selepas terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut nyawa ibu mereka di selatan Arkansas, Amerika Syarikat.

Menurut laporan agensi berita Astro Awani, kedua-dua kanak-kanak itu, yang berusia tiga tahun dan satu tahun, ditemui berdekatan dengan lokasi kemalangan di Camden, sekitar 135 kilometer dari barat daya Little Rock.

Pejabat Sherif Daerah Ouachita menyatakan bahawa pihak berkuasa menjumpai kanak-kanak tiga tahun itu terdahulu selepas beliau berjalan hampir 300 meter dari lokasi kemalangan.

Adiknya pula ditemui dalam keadaan selamat di dalam kerusi bayi di tempat duduk penumpang belakang kereta mereka, yang terbabas di sebuah jurang sungai.

Jurang tersebut agak dalam dan tidak dapat dilihat dari jalan raya utama Lebuh Raya 24 yang dilalui kereta itu.

Astro Awani difahamkan bahawa ketika kemalangan itu, kerusi pemandu kereta berkenaan dipercayai tercampak keluar dari kereta tersebut, sekaligus menyebabkan kematian ibu mereka, Lisa Holliman, 25 tahun.

Hasil siasatan menunjukkan bahawa keluarga itu terlibat dalam kemalangan jalan raya sama ada pada Jumaat (17 Ogos) atau Sabtu lalu (18 Ogos).

Astro Awani menukil seorang penyiasat, Nathan Greeley, dari pejabat sherif berkenaan sebagai berkata bahawa adalah satu keajaiban kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai hidup kerana cuaca di kawasan tersebut panas terik.

Kedua-dua adik-beradik sudah dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Arkansas bagi rawatan lanjut. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan