Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua beradik digelar 'hantu' kerana gigi bertaring

Gara-gara mempunyai gigi bertaring, dua kanak-kanak terpaksa dikurung ibunya di rumah mereka di Madhya Pradesh, India.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua beradik digelar 'hantu' kerana gigi bertaring

Penduduk kampung menggelarkan Ashfaq Khan,11 dan Mushtaq Khan, 8, mirip 'hantu' kerana mempunyai kulit gelap dan berambut nipis keperangan serta menampakkan barisan giri tajam seperti taring. (Gambar: Dailymail)

Diterbitkan : 07 May 2018 09:22AM Dikemas Kini : 07 May 2018 09:24AM

MADHYA PRADESH: Gara-gara mempunyai gigi bertaring, dua kanak-kanak terpaksa dikurung ibunya di rumah mereka di Madhya Pradesh, India.

Tindakan itu dibuat bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut dihina oleh penduduk kampung berkenaan yang kononnya menyifatkan wajah mereka mengerikan, lapor Dailymail.

Penduduk kampung menggelarkan Ashfaq Khan,11 dan Mushtaq Khan, 8, mirip 'hantu' kerana mempunyai kulit gelap dan berambut nipis keperangan serta menampakkan barisan giri tajam seperti taring.

Hakikatnya, kedua-dua kanak-kanak itu mengalami hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED) yang juga menyebabkan mereka sentiasa berasa panas.

Dailymail melaporkan bahawa bagi mengatasi keadaan itu, ibunya terpaksa menyiram air pada badan anak-anaknya setiap setengah jam.

Di sekolah pula, Ashfaq dan Mushtaq mengaku sering dibuli dan dipulaukan oleh rakan sebaya selain sering dihina kerana keterampilan mereka.

Sehingga kini, ibu bapanya tidak mendapatkan sebarang rawatan bagi mereka kerana faktor kemiskinan.

Seorang doktor bernama Mukesh dari Delhi berkata, keadaan Ashfaq dan Mushtaq akan lebih buruk jika tidak segera menerima rawatan.

"Mereka perlu melakukan rawatan gigi secara berkala demi masa depannya," kata beliau.

Atas keprihatinan itu, Dailymail melaporkan Yayasan Amal Shaktishali Mahila Sangathan Samiti tampil menghulurkan bantuan kepada kedua-dua mereka.

Pengarah yayasan, Ravi Goyal berkata, mereka menawarkan bukan sekadar rawatan buat Ashfaq dan Mushtaq tetapi turut memberi penjelasan kepada penduduk kampung mengenai keadaan tersebut.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan