Dua beradik di KL diselamatkan setelah terperangkap dalam kereta akibat 'auto lock'
(Gambar hiasan: Freepik)
KUALA LUMPUR: Dua beradik terperangkap kira-kira setengah jam di dalam sebuah kenderaan di Persiaran Putra Indah, Putra Heights, Subang Jaya di Kuala Lumpur pada Khamis (16 Mac) akibat ‘auto lock’.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata mangsa berusia 16 bulan dan empat tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 3.30 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah kereta telah terkunci serta terdapat dua kanak-kanak di dalamnya… mereka kemudian selamat dikeluarkan oleh keluarga mangsa menggunakan kunci pendua," katanya ketika dihubungi pada Khamis malam.
Encik Morni berkata kenderaan itu dipercayai terkunci akibat 'auto lock' dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan atau sesak nafas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.