Skip to main content

Dunia

Dua askar Indonesia terkorban dalam nahas helikopter

Anggaran Waktu Membaca:
Dua askar Indonesia terkorban dalam nahas helikopter

Dua askar darat yang terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia. (Gambar: ANTARA)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 10:00PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 10:05PM
Two Indonesian soldiers killed in helicopter crash
  • An Mi-17V5 helicopter operated by the Indonesian Army Aviation Centre crashed on Wednesday, Nov 4, in waters near Desa Sungai Perlu, Central Kalimantan.
  • The helicopter took off from Kuala Pembuang at 9.55am to help fight a fire in Tanjung Puting National Park, but encountered problems while collecting water and crashed at about 11.18am.
  • Two personnel, Lieutenant Colonel Dudi Firmansyah and First Lieutenant Nurhafiz Akbar Rizki Hartio, were killed, while five crew members survived and received treatment at Kuala Pembuang District Hospital.
  • Second Sergeant Heri could not yet be evacuated because of high water levels; the Army sent a rescue team by air, and the bodies of the two victims were flown to Semarang on Thursday.
Dijana oleh AI

JAKARTA: Dua askar darat Indonesia terkorban selepas sebuah helikopter Mi-17V5 terhempas di perairan berhampiran Desa Sungai Perlu, Daerah Seruyan, Kalimantan Tengah, pada Rabu (4 Nov).

Pihak Tentera Darat mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai Leftenan Kolonel Dudi Firmansyah dan Leftenan Pertama Nurhafiz Akbar Rizki Hartio. Jenazah mereka telah diterbangkan ke Semarang, Jawa Tengah, pada Khamis (5 Nov).

Lima anak kapal lain terselamat, iaitu Kapten Febri, Leftenan Kedua Fercis, Prebet Kelas Pertama Gilang, Sarjan Mejar Kadiya, dan Kapten Suganda. Kesemua lima mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan perubatan di Hospital Daerah Kuala Pembuang.

Seorang lagi anak kapal, Sarjan Kedua Heri, belum dapat dipindahkan akibat paras air yang tinggi, menurut pihak Tentera Darat.

Helikopter Mi-17V5 itu, yang dikendalikan oleh Pusat Penerbangan Tentera Darat, terhempas pada kira-kira 11:18 pagi waktu tempatan.

Helikopter tersebut berlepas dari Kuala Pembuang pada
9:55 pagi bagi menyokong operasi memadamkan kebakaran hutan dan lahan di Taman Negara Tanjung Puting.

Ia mengalami masalah penerbangan semasa mengambil air di Desa Sungai Perlu untuk operasi pemadaman kebakaran dari udara lalu terhempas ke dalam perairan tersebut.

Pihak Tentera Darat segera menghantar anggota melalui udara untuk menyelamatkan anak kapal susulan nahas itu.

"Operasi menyelamat mengutamakan usaha memastikan semua anggota menerima bantuan secepat mungkin," kata pihak Tentera Darat dalam kenyataannya.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita