Dua Anggota Parlimen Eropah ditahan berkaitan kes rasuah Piala Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: EU
ROM: Dua Anggota Parlimen Eropah, Marc Tarabella dan Andrea Cozzolino telah ditahan berhubung siasatan kes rasuah Piala Dunia yang disebut sebagai "Qatargate", lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penahanan itu dibuat selepas pejabat pendakwa raya menyoal siasat Tarabella di Brussels pada Jumaat.
Polis Itali menahan Cozzolino selepas beliau mendapatkan rawatan di hospital Naples, menurut beberapa laporan media Itali.
Baru-baru ini, kekebalan kedua-dua Anggota Parlimen itu ditarik balik dan mereka telah disingkirkan daripada Kumpulan Sosialis.
Mereka dituduh mempengaruhi keputusan Parlimen Eropah agar menyokong Qatar dan Maghribi menjadi tuan rumah Piala Dunia.
Sebagai ganjaran, mereka menerima wang dan hadiah.
Namun, kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Pendedahan skandal itu bermula pada Disember, apabila naib presiden Parlimen Eropah ketika itu Eva Kaili, bekas Anggota Parlimen Kesatuan Eropah Pier Antonio Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Sumber : Bernama/SU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.