Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua anggota bomba sukarela Australia terkorban ketika operasi padam api

Dua anggota bomba sukarela Australia terbunuh ketika berusaha memadamkan kebakaran di sekitar Sydney, menurut pihak berkuasa hari ini (20 Dis), sekali gus memaksa Perdana Menteri, Scott Morrison memendekkan percutian beliau di Hawaii terutama ketika suhu dijangka akan terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Dua anggota bomba sukarela Australia terkorban ketika operasi padam api

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 10:51AM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 10:54AM

SYDNEY: Dua anggota bomba sukarela Australia terbunuh ketika berusaha memadamkan kebakaran di sekitar Sydney, menurut pihak berkuasa hari ini (20 Dis), sekali gus memaksa Perdana Menteri, Scott Morrison memendekkan percutian beliau di Hawaii terutama ketika suhu dijangka akan terus meningkat.

“Bagi saya, tiada yang lebih mulia dari seorang individu yang sanggup meletakkan diri dalam bahaya tanpa mengharapkan sebarang balasan,” kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales (NSW), Shane Fitzsimmons kepada para wartawan.

Encik Fitzsimmons mendedahkan anggota yang terkorban dikenali sebagai Encik Andrew O'Dwyer, 36 tahun dan Encik Geoffrey Keaton, 32 tahun.

Kedua-dua mangsa adalah bapa kepada bayi-bayi berusia 19 bulan.

Sejak beberapa minggu lalu, Australia bergelut memadamkan api yang terus merebak di sekitar pantai timurnya sehingga mengakibatkan lapan orang terbunuh manakala lebih 700 kediaman musnah.

Dianggarkan lebih 3 juta ekar kawasan hutan belukar di wilayah itu terjejas teruk.

Sebelum ini, tiga lagi anggota bomba terperangkap dalam kebakaran akibat angin kuat yang sekali gus menyebabkan api marak. Dua lelaki diangkat melalui udara ke hospital dengan kelecuran di bahagian muka, lengan dan kaki, manakala seorang rakan kerja wanita dihantar oleh ambulans ke hospital.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan