Dua adik beradik Saudi terperangkap di Hong Kong selepas dakwa didera
Dua adik beradik perempuan asal Saudi sedang bersembunyi di beberapa tempat sejak hampir enam bulan lalu, kerana mendakwa dipukul saudara lelaki dan bapa mereka.
HONG KONG: Dua adik beradik perempuan asal Saudi sedang bersembunyi di beberapa tempat sejak hampir enam bulan lalu, kerana mendakwa dipukul saudara lelaki dan bapa mereka.
Adik beradik berusia 18 dan 20 tahun itu tiba di Hong Kong dari Sri Lanka, September lalu.
Mereka mendakwa sudah dihalang menaiki sebuah pesawat ke Australia dan dipintas oleh para diplomat Saudi.
Menurut peguam adik beradik itu, pasport Saudi mereka didakwa sudah digantung, menyebabkan mereka terkandas di Hong Kong.
Kedua-duanya mendakwa sudah berpindah-randah sebanyak 13 kali di Hong Kong dengan bantuan beberapa individu.
Mereka dimaklumkan Jabatan Imigresen Hong Kong bahawa mereka boleh tinggal di wilayah pentadbiran khas China itu sehingga 28 Februari ini.
Dua beradik itu sudahpun memohon suaka di sebuah negara ketiga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.