'Dron kamikaze' Rusia serang Kyiv, kata Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
KYIV: Rusia melancarkan 'dron kamikaze' untuk menyerang Kyiv pada awal pagi Isnin (17 Okt), kata pejabat presiden Ukraine, menyifatkan serangan tersebut sebagai satu tindakan terdesak, hampir lapan bulan selepas perang bermula yang meragut beribu-ribu nyawa.
Bunyi semboyan serangan udara kedengaran di Kyiv sejurus sebelum letupan pertama sekitar pukul 6.35 pagi, diikuti semboyan yang dibunyikan di sebahagian besar negara tersebut.
"Ibu kota diserang oleh dron kamikaze," kata Andriy Yermak, ketua turus kakitangan Presiden Ukraine, menerusi media sosial.
"Rusia fikir serangan itu akan membantu mereka, tetapi ia menunjukkan mereka terdesak."
"Kami perlukan lebih banyak sistem pertahanan udara secepat mungkin. Lebih banyak senjata untuk mempertahankan ruang udara dan memusnahkan musuh," tambahnya.
Serangan itu berlaku tepat seminggu selepas Rusia melancarkan serangan peluru berpandu secara besar-besaran ke atas ibu kota Ukraine dan bandar-bandar lain.
Datuk Bandar Kyiv Vitali Klitschko berkata serangan dron itu menyebabkan kebakaran dan merosakkan beberapa bangunan di kawasan tengah bandar Shevchenkivsky, serta memberi amaran kepada penduduk supaya berlindung.
"Kami sedang mendapatkan butiran mengenai mangsa yang terkorban."
Encik Klitschko juga memuat naik gambar yang dikatakan adalah puing-puing hangus dari salah satu dron kamikaze.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada minggu lalu berkata dron Iran digunakan dalam serangan Rusia terhadap infrastruktur tenaga di beberapa bandar Ukraine, meskipun Tehran membantah membekalkan Rusia dengan senjata untuk perang tersebut.
Pada 10 Oktober, peluru berpandu Rusia menghujani Kyiv dan bandar-bandar lain dalam gelombang serangan terbesar sejak beberapa bulan, meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa manakala 105 lagi cedera.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.