Dron infra merah diguna untuk selamatkan koala terancam di New South Wales
Para pencinta alam sekitar berharap dron infra merah mungkin dapat menyelamatkan haiwan koala yang terancam di New South Wales.
Gambar fail seekor beruang koala (Gambar: AFP/Tristan Kennedy)
NEW SOUTH WALES: Para pencinta alam sekitar berharap dron infra merah mungkin dapat menyelamatkan haiwan koala yang terancam di New South Wales.
Menurut World Wide Fund for Nature (WWF), koala mungkin lenyap di Australia timur menjelang 2050.
Bagaimanapun, dengan teknologi dron infra merah, koala-koala lebih mudah dikesan dan diselamatkan.
WWF menggunakan data yang dikumpulkan serta rakaman video dron untuk melobi kerajaan Australia agar terus berusaha melindungi habitat koala daripada kemusnahan hutan untuk pembangunan bandar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.