Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dron AS bunuh pengebom nekad ISIS di Kabul jelang tarikh akhir pengunduran tentera

Satu serangan dron membunuh seorang pengebom nekad kereta yang menurut para pegawai Pentagon, sedang bersiap sedia untuk menyerang lapangan terbang Kabul pada Sabtu (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Dron AS bunuh pengebom nekad ISIS di Kabul jelang tarikh akhir pengunduran tentera

Sekumpulan wanita dan anak-anak mereka menantikan giliran untuk dipindah keluar dari Afghanistan di lapangan terbang Kabul. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Aug 2021 07:55AM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 07:58AM

WASHINGTON: Satu serangan dron membunuh seorang pengebom nekad kereta yang menurut para pegawai Pentagon, sedang bersiap sedia untuk menyerang lapangan terbang Kabul pada Sabtu (29 Ogos).

Ini sedang tentera Amerika Syarikat berusaha untuk menyelesaikan pengunduran yang akan menamatkan pelibatannya sepanjang dua puluh tahun di Afghanistan.

Serangan itu merupakan yang kedua oleh tentera Amerika Syarikat sejak serangan bom nekad oleh ISIS di luar lapangan tersebut pada Khamis (26 Ogos) sekali gus meragut nyawa 13 askar Amerika dan ramai orang awam Afghanistan yang terdesak untuk melarikan diri daripada Taliban, iaitu pemimpin baru negara itu.

Lapangan terbang tersebut adalah tapak di mana Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya menjalankan operasi pemindahan secara besar-besaran untuk para rakyatnya dan penduduk Afghanistan yang berisiko. Ia dijangka selesai sebelum tarikh akhir Selasa ini (31 Ogos), yang diputuskan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Para pegawai berkata serangan itu menyasarkan suspek-suspek militan dari ISIS-K, sekutu tempatan ISIS yang merupakan musuh negara-negara Barat dan gerakan Taliban, yang merampas kuasa pada 15 Ogos menyusuli operasi serangan kilat.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa serangan itu dijalankan oleh sebuah pesawat tanpa pemandu dan letupan-letupan susulan menunjukkan bahawa sasarannya itu membawa banyak bahan letupan. Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap hitam di langit.

Para pegawai Amerika Syarikat berkata mereka khususnya prihatin terhadap tindakan ISIS-K, menyerang lapangan terbang sedang askar-askar Amerika meninggalkan negara itu, terutama sekali ancaman daripada roket-roket dan letupan-letupan yang dibawa dalam kenderaan.

Presiden Biden berkata pada Sabtu bahawa ketua-ketua tentera sebelum ini memberitahu beliau bahawa satu lagi serangan militan berkemungkinan besar berlaku.

Serangan dron itu dilancarkan sedang baki orang awam menunggu peluang untuk diterbangkan keluar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai sebelum kumpulan-kumpulan askar yang terakhir berangkat dari sana, kata seorang pegawai pengawal keselamatan Barat. Seorang pegawai Amerika Syarikat memberitahu Reuters pada Sabtu bahawa kurang 4,000 askar Amerika masih berada di negara itu.

Taliban menyatakan ia sudahpun memulakan siasatan sendiri ke atas serangan Amerika Syarikat tersebut dan sama ada sasaran benar-benar merupakan seorang pengebom nekad yang memandu kenderaan sarat dengan bahan-bahan letupan.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan