Skip to main content

Dunia

Dr Yudhoyono minta jenazah isteri dihantar pulang naik pesawat Hercules bersamanya

Presiden keenam Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dikhabarkan meminta sendiri agar jenazah isterinya, Ani Yudhoyono atau lebih dikenali sebagai Ibu Ani, dihantar pulang menerusi pesawat Hercules kerana tidak ingin berpisah dengan Allahyarhamha.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yudhoyono minta jenazah isteri dihantar pulang naik pesawat Hercules bersamanya

Mantan Wanita Pertama Indonesia, Allahyarhamha Ani Yudhoyono, dimasukkan ke hospital NUH sejak 2 Februari 2019. (Gambar: Agus Yudhoyono/Instagram)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 11:04PM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 11:10PM

JAKARTA: Presiden keenam Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dikhabarkan meminta sendiri agar jenazah isterinya, Ani Yudhoyono atau lebih dikenali sebagai Ibu Ani, dihantar pulang menerusi pesawat Hercules kerana tidak ingin berpisah dengan Allahyarhamha.

"Bapak (Yudhoyono) minta pakai Hercules saja supaya bisa bersama-sama di atas. Kalau Boeing kan tidak boleh naik kargonya," ujar Ketua Divisyen Advokasi dan Bantuan Hukum Parti Demokrat Ferdinand Hutahaean.

Ditemui di Lanud Halim Perdanakusuma Jakarta pada Sabtu (1 Jun) malam, Ferdinand mengatakan pesawat Hercules yang mengangkut jenazah Ibu Ani Yudhoyono berlepas pukul 7.30 malam (waktu barat Indonesia, atau 8.30 malam waktu Singapura) dari Pangkalan Udara Paya Lebar.

"Baru 'take off' jam 7.30 (malam) WIB, penerbangan dari Singapura ke Jakarta dua jam sepuluh minit," ungkap Ferdinand.

Setibanya di Jakarta, seluruh keluarga Dr Yudhoyono akan turut mengiringi jenazah Ibu Ani turun dari pesawat menuju ke Puri Cikeas Bogor, Jabar.

Ketika ditanya tentang kehadiran anggota politik Indonesia Luhut Panjaitan di pesawat, Encik Ferdinand belum dapat memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar tersebut.

"Pak Luhut memang sudah dari kelmarin di Kedutaan Indonesia di Singapura tapi beliau mungkin tidak ikut di pesawat Hercules, ikut penerbangan komersil kembali," kata Encik Ferdinand.

Sementara itu, Kepala Dinas Penerangan Angkatan Udara, Marsyal Pertama Tentera Nasional Indonesia (TNI) Fajar Adriyanto, mengesahkan bahawa pesawat akan tiba sekitar jam 10.30 malam.

Setelah itu, beliau menambah pengamanan akan terus dilanjutkan oleh pihak kepolisian, TNI, serta Paspampres hingga jenazah tiba di Puri Cikeas Bogor.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita