Dr Wan Azizah dirawat di PPUM, masalah kesihatan tidak dinyatakan
Bekas timbalan perdana menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa (6 Okt).
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Selasa (6 Okt).
Suaminya Encik Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu melalui kemas kini laman Facebook beliau.
“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. COVID-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, insya-Allah,” tulis Encik Anwar tanpa menyatakan masalah kesihatan yang dihadapi isterinya.
Selain itu menurut sumber terdekat, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat PKR, ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.