Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Vivian Balakrishnan ulangi 'rasa kecewa amat mendalam' terhadap situasi Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Khamis (Okt 27) berkata Singapura 'amat kecewa' dengan keadaan di Myanmar, yang terperangkap dalam lingkaran keganasan sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lepas.

Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, yang diadakan untuk menilai kemajuan berhubung pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar dan membincangkan langkah-langkah seterusnya menjelang sidang puncak ASEAN di Phnom Penh bulan depan.

"Menteri-menteri luar membincangkan keadaan di Myanmar dan melahirkan rasa kesal amat mendalam atas kehilangan nyawa dalam serangan udara di Wilayah Kachin," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan pada Khamis.
Negara-negara Asia Tenggara memimpin usaha untuk mengembalikan keamanan di Myanmar, namun tidak banyak kemajuan dibuat pihak junta dalam melaksanakan rancangan damai yang diusahakan ASEAN April lalu bagi membantu menamatkan krisis di negara tersebut.

Dalam mesyuarat pada Khamis, Dr Balakrishnan menggesa pihak tentera Myanmar agar melaksanakan rancangan tersebut "dengan segera dan sepenuhnya", termasuk memberi akses kepada Utusan Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar selain memudahkan pengagihan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan tanpa diskriminasi," menurut MFA.

Menteri-menteri luar juga bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai saranan yang akan dibentangkan kepada pemimpin-pemimpin ASEAN di sidang puncak akan datang, tambah MFA.

Mesyuarat khas di Jakarta bagi yang membincangkan krisis Myanmar itu tidak dihadiri wakil negara tersebut.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan