Dr Mahathir umum keluar PEJUANG bersama 12 anggota lain
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain pada Jumaat (10 Feb).
Menurut satu notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
"Keputusan PEJUANG memutuskan hubungan dengan GTA, secara langsung menyingkirkan kami daripada kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.
"Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang berprinsip serta berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.
"Atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA," menurut notis berkenaan yang ditandatangani 13 ahli PEJUANG.
Notis itu dimuat naik ke Facebook bekas Timbalan Presiden PEJUANG,Marzuki Yahya yang turut menandatangani notis berkenaan.
PEJUANG ditubuhkan Dr Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri, pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini, perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung kedua parti itu, 14 Januari lalu.
Presidennya, Mukhriz Mahathir dipetik berkata, keputusan itu juga membolehkan PEJUANG mempunyai sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara, sebelum ia benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.
Dr Mahathir sendiri kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.