Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir ucap tahniah, selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
 Dr Mahathir ucap tahniah, selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim

Gambar fail. (Gambar: AP/Vincent Thian)

Diterbitkan : 25 Nov 2022 12:49PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 12:49PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10. 

Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini (25 Nov).

“Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” kata Dr Mahathir dalam hantaran itu. 

Encik Anwar, 75 tahun, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, semalam.
Sumber : Bernama/NK/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa