Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir stabil, beri respons baik kepada rawatan

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir stabil, beri respons baik kepada rawatan

Dr Mahathir. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 08:09PM Dikemas Kini : 23 Jan 2022 07:55PM

KUALA LUMPUR: Keadaan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas. 

Perkara itu dimaklumkan anaknya Marina, dalam kenyataannya pada Sabtu (22 Jan).

"Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari.

"Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," menurut kenyataan itu.

“Kami juga berharap agar orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih," katanya dalam satu kenyataan hari ini (23 Jan), seperti dipetik laporan Astro AWANI. 

Katanya, IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan rawatan bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Pada 8 Januari, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beberapa pengamal media mula berkumpul di luar IJN sejak 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir dan difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan