Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir: Selagi rakyat perlukan, saya akan berkhidmat

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir: Selagi rakyat perlukan, saya akan berkhidmat

(Gambar: Manan VATSYAYANA/ AFP)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 11:31PM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 11:32PM

TOKYO: Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.

“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun beliau akan berusia 95 tahun.

Berucap semasa Sidang Nikkei di Tokyo pada Isnin (11 Jun), Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.

"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi Perdana Menteri," seloroh beliau.

Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara. “Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan ikut kehendak mereka,” katanya lagi.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk meraih kemenangan yang menakjubkan dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia keempat dari tahun 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir kini sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita