Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir sedia bincang kerjasama PRU15 bersama Anwar Ibrahim

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk bertemu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah mantan Perdana Menteri Malaysia itu berkata, sekiranya perlu memulakan langkah untuk bertemu Presiden PKR itu, beliau bersedia berbuat demikian demi mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara.

"Telah beberapa kali saya terbaca bahawa saya ini akan terhegeh-hegeh bertemu musuh apabila membuat percaturan politik. Contoh yang kerap diguna ialah bagaimana saya sanggup pergi berjumpa Anwar sampai ke mahkamah sebelum pilihan raya 2018 untuk mendapat sokongan darinya," katanya, seperti dinukil Astro Awani.

"Ini benar. Bagi saya perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tidak ada tempat dengan sesuatu perjuangan terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air," tambahnya.

"Semasa saya pergi bertemu dengan Anwar di mahkamah, perkara utama yang ada di dalam fikiran saya ialah bagaimana cara untuk menyekat Najib Razak dan Kerajaan UMNO/BN pimpinannya dari terus berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat (21 Okt).

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga penyandang kerusi Parlimen Langkawi berkata, semasa pertemuannya dengan Encik Anwar di mahkamah seluruh dunia melaporkan puluhan billion wang rakyat dirompak oleh Najib, lapor Astro Awani.

Tambah Dr Mahathir, sekiranya Najib dan Kerajaan BN tidak dijatuhkan, pengkhianatan mereka akan tersembunyi selain mereka dapat terus menyamun.

"Sifir politik ketika itu juga amat jelas, jika pihak pembangkang tidak bersatu dan bertanding di atas pentas yang sama, Najib dan konco-konconya akan terus berkuasa."

"Maka pilihan yang perlu saya buat juga amat mudah iaitu untuk mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara, saya perlu bekerjasama dengan bekas musuh-musuh saya yang juga bersetuju perlu menyekat kejahatan tersebut." kata Dr Mahathir.

"Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan.

"Orang nak kata saya tak tahu malu atau jilat ludah semula tidak memberi kesan kepada saya. Yang penting matlamat kita untuk menyekat kemaraan orang yang merosakkan negara tercapai. Kejatuhan Najib menunjuk kita telah lakukan sesuatu yang menjayakan kita," menurut Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan