Dr Mahathir saran kakitangan kerajaan, swasta peruntuk 15 minit buat senaman
Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.
SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat demikian dengan berehat seketika sekitar jam 11.00 pagi di luar pejabat berhawa dingin.
"Saya syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta jam 11.00 pagi berhenti kerja (seketika) dan membuat senaman...kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.
"Saya syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu balik kerja semula," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living Kicks) peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan hari ini (3 Nov).
Turut hadir ialah isteri beliau, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Mahathir turut menasihati rakyat supaya mengamalkan tiga petua untuk kekal sihat iaitu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan, tidak merokok dan menghindarkan pengambilan minuman beralkohol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.