Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir saksi majlis pemeteraian perjanjian Bandar Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Dis) menyaksikan majlis permeteraian perjanjian untuk menghidupkan semula projek Bandar Malaysia, di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir saksi majlis pemeteraian perjanjian Bandar Malaysia

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 09:24PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 09:27PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (17 Dis) menyaksikan majlis permeteraian perjanjian untuk menghidupkan semula projek Bandar Malaysia, di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Menurut Dr Mahathir, langkah menyambung semula projek tersebut membuktikan kerjasama baik antara Malaysia dengan China.

Perjanjian antara syarikat kerajaan TRXC City dengan IWH-CREC iaitu gabungan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dengan China Railway Engineering Corp, melibatkan pegangan 60 peratus saham dalam projek Bandar Malaysia, bernilai RM12.35 bilion (S$4.04 bilion).

Projek Bandar Malaysia yang terletak di bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Jalan Sungai Besi itu, bakal menyaksikan pembinaan ruang-ruang pejabat, taman dan 10,000 unit rumah mampu milik.

Ia juga akan menempatkan stesen kereta api laju HSR antara Kuala Lumpur dengan Singapura.

Ketika ditanya bilakah fasa pertama projek pembangunan terbesar di pusat bandar Kuala Lumpur itu akan siap, PM Malaysia itu berkata beliau berharap dapat tengok bangunan pertama projek itu siap.

“Saya berharap bangunan pertama atau fasa pertama projek Bandar Malaysia ini disiapkan secepat mungkin malah saya sendiri mengarahkan mereka segera memulakan pembinaan kerana mahu melihatnya dengan mata kepala sendiri. 20 tahun lagi, saya sudah tiada di sini.”

Sumber : Bernama/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan