Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir namakan parti politik barunya 'Pejuang'

Dr Mahathir Mohamad menamakan parti politik baru yang ditubuhkannya sebagai ‘Pejuang.’

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir namakan parti politik barunya 'Pejuang'

Dr Mahathir. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Aug 2020 07:30PM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 07:31PM

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad menamakan parti politik baru yang ditubuhkannya sebagai ‘Pejuang.’

Mendedahkan nama itu di media sosial hari ini (12 Ogos), beliau berkata parti tersebut ditubuhkan kerana kesedaran dan untuk membanteras rasuah yang menghancurkan bangsa.

“Pilihlah. Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu.

“Jika ingin dapat jawatan dan wang. Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” menurutnya dalam kenyataan berbentuk sajak menerusi hantaran di Facebook dan Twitter beliau hari ini
(12 Ogos).

Pada 7 Ogos lepas, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang belum diberi nama dan tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional.

Beliau dilapor berkata parti itu akan dipimpin oleh Encik Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.

Bekas perdana menteri keempat dan ketujuh Malaysia itu berkata parti tersebut bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Slim pada 29 Ogos ini atas tiket bebas. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan