Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir mohon China mengerti kedudukan kewangan M'sia

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (20 Ogos) meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir mohon China mengerti kedudukan kewangan M'sia

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad semasa di Beijing. (Gambar: Wang Zhao/ AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 03:17PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 03:20PM

BEIJING: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (20 Ogos) meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.

Beliau berharap China akan memahami situasi itu dan dapat membantunya dalam menyelesaikan masalah fiskal Malaysia.

"Kami berharap China memahami masalah kami dan akan bersimpati berhubung dengan masalah fiskal dalaman kami," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media bersama dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China Li Keqiang selepas mesyuarat dua hala mereka di Beijing.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

“Bantu kami menyelesaikan sesetengah daripada masalah fiskal kami,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan baru Malaysia di bawah Pakatan Harapan, pimpinan Dr Mahathir, berdepan hutang kira-kira RM1 trilion (S$330 bilion) didakwa akibat salah pengurusan kewangan negara oleh kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata hubungan dua hala Malaysia-China perlu diperkukuhkan lagi.

Beliau berkata inovasi dan kemajuan teknologi China dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Dalam pada itu, Encik Li berkata Malaysia dan China perlu mengukuhkan lagi hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang dan dimensi baru.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan