Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir Mohamad bantu kempen sepatutnya tidak dijadikan isu - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sepatutnya tidak dijadikan isu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir Mohamad bantu kempen sepatutnya tidak dijadikan isu - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin. (Gambar fail: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2019 01:20PM Dikemas Kini : 25 Jan 2019 01:24PM

LIPIS: Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sepatutnya tidak dijadikan isu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Encik Muhyiddin Yassin menegaskan walaupun ia bukan amalan biasa dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN), namun kedatangan Dr Mahathir ke situ adalah bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan bertemu Perdana Menteri selepas perubahan kerajaan pada Mei tahun lalu.

“Saya fikir itu zaman dulu (Barisan Nasional) punya. Kalau zaman dulu saya tahu sebab saya (pernah) jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan jadi pengarah jentera pilihan raya terutama PRK.

“Tetapi (sekarang) ini (kerajaan) Pakatan Harapan, dimana setiap pemimpin termasuk yang tertinggi komited dalam usaha untuk membantu (calon) kita menang dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama jentera parti PRK Parlimen Cameron Highlands melibatkan Bersatu, DAP, PKR dan Amanah di Kampung Kuala Medang hari ini (25 Jan).

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Encik Lim Guan Eng.

Menurut Encik Muhyiddin, beliau yakin terhadap PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti, semua pemimpin parti berjawatan ataupun tidak serta Perdana Menteri akan turun bantu berkempen.

“Lebih-lebih lagi selepas PRU, mereka nak jumpa Perdana Menteri dan hendak tahu apakah mesej dan yang pasti para pengundi pasti hendak mendengar. 

“Jadi janganlah sebab beliau (Dr Mahathir) turun maka kita rasa kita (PH) dah nak kalah. Hari itu di PRK Palimen Port Dickson beliau turun dan tempat-tempat lain juga komited sama-sama menbantu jentera pilihan raya,” katanya.

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang akan diadakan pada Sabtu (26 Jan), menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, Encik Manogaran, Calon BN diwakili Encik Ramli Mohd Nor manakala dua calon bebas, Encik Sallehudin Ab Talib dan Encik Wong Seng Yee.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan