Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir masuk lagi ke Institut Jantung Negara, dirawat di Unit Rawatan Koronari

Anggaran Waktu Membaca:
 Dr Mahathir masuk lagi ke Institut Jantung Negara, dirawat di Unit Rawatan Koronari

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Jan 2022 06:22PM Dikemas Kini : 23 Jan 2022 12:03AM

KUALA LUMPUR: Beberapa pengamal media berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan mantan Perdana Menteri negara itu, Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan sedang menerima rawatan di sana.

Pejabat mantan perdana menteri itu mengesahkan beliau dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN hari ini (22 Jan), lapor BH Online M'sia.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Ismail Sabri juga dilaporkan baru tiba di IJN untuk menziarahi Dr Mahathir, tambah BH Online.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Pada 8 Januari beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
 

Sumber : Bernama/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan