Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir masuk institut jantung untuk kali kedua

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (7 Jan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir masuk institut jantung untuk kali kedua

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jan 2022 10:01PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (7 Jan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Kenyataan IJN memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard semasa tiada pelawat dibenarkan menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar seminggu kemudian.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita