Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir: M'sia 'manfaatkan' perjanjian ECRL jual minyak kelapa sawit kepada China

Malaysia memanfaatkan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) Projek Rel Pantai Timur (ECRL) bagi merangka butiran membabitkan pembelian minyak sawit oleh China, kata Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir: M'sia 'manfaatkan' perjanjian ECRL jual minyak kelapa sawit kepada China

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 10:54PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 10:56PM

PUTRAJAYA: Malaysia memanfaatkan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) Projek Rel Pantai Timur (ECRL) bagi merangka butiran membabitkan pembelian minyak sawit oleh China, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perjanjian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang dimeterai baru-baru ini, turut membabitkan persetujuan termasuk eksport minyak sawit dan pelaburan dari China.

“Ini secara tidak langsung, tidak berkaitan...(namun) kita memanfaatkan pemeteraian itu untuk merangka pembelian minyak sawit dari China.

"Itu akan berlaku," katanya pada sidang media di Putrajaya pada Isnin (15 Apr).

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa rundingan pakej ECRL itu turut membabitkan komitmen China bagi membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia selain meningkatkan pelaburan langsungnya ke Malaysia.

Pada 12 April lalu, MRL dan CCCC memeterai SA yang membolehkan projek ECRL yang sebelum ini ditangguhkan, disambung semula.

Mengikut perjanjian tambahan baharu itu, kos bagi Fasa 1 dan 2 ECRL itu akan disambung semula pada harga RM44 bilion (S$14.5 bilion) iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion (S$7.1 bilion) daripada kos asal berjumlah RM65.5 bilion (S$21.5 bilion).

Selain pengurangan kos, jajaran baharu ECRL dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang juga menyaksikan jarak landasan turut dikurangkan kepada 648 kilometer berbanding 688 kilometer dalam rancangan awal.

Mengulas harga tiket ECRL, Dr Mahathir berkata butiran berkaitan masih belum diputuskan setakat ini.

“Namun, kita juga mempunyai hak dari segi menentukan operasi secara dalam talian, termasuk harga tiket," kata Perdana Menteri Malaysia itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita