Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir harap diteruskan larangan bawa telefon bimbit dalam pusat undi

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir harap diteruskan larangan bawa telefon bimbit dalam pusat undi

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 19 Nov 2022 05:14PM
ALOR SETAR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat terus mengharamkan penggunaan telefon bimbit di dalam pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Malaysia akan datang.

Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia itu, perkara berkenaan dapat mengelak pengundi daripada 'membocorkan' kertas undian mereka kepada pihak tertentu.

“Bila tidak bawa telefon bimbit di tempat mengundi, mereka tidak boleh dedahkan siapa yang mereka undi. Tetapi, kalau bawa telefon bimbit masuk, boleh ambil dan hantar gambar berkenaan kepada pihak tertentu.

“Jadi, orang luar boleh tahu siapa yang mereka undi. Kalau yang hendak bagi duit, tunjuk pangkah parti, jadi kena bagi duit dan apabila banyak sangat penggunaan duit ia akan mempengaruhi keputusan undi seseorang,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, di Alor Setar kira-kira 10.55 pagi tadi (19 Nov).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita