Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir hadapi saingan 5 penjuru di Langkawi

Anggaran Waktu Membaca:
LANGKAWI: Pengerusi GTA Dr Mahathir Mohamad akan berdepan dengan cabaran lima penjuru bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Dr Mahathir yang juga presiden Pejuang akan bersaing dengan calon bebas Abd Kadir Sainudin, calon PN Mohd Suhaimi Abdullah, calon BN Armishah Siraj dan calon PH Zabidi Yahya.

Sementara itu, UMNO Bahagian Langkawi kembali menyatakan sokongan kepada calon BN di Parlimen itu, Armishah Siraj.

Ketuanya Nawawi Ahmad berkata beliau sudah bertemu dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Langkawi dan memberi pandangan bahawa dalam pilihan raya kali ini mereka perlu berjiwa besar dan mentaati keputusan pucuk pimpinan parti.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan