Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir gelar Trump "penyangak" kerana iktiraf Baitulmakdis ibu kota Israel

Ini menyusuli tindakan Presiden Amerika Syarikat itu yang mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir gelar Trump "penyangak" kerana iktiraf Baitulmakdis ibu kota Israel

Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 15 Dec 2017 09:51PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 09:53PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad hari ini (15 Dis) menyifatkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai "pembuli antarabangsa" dan "penyangak".

Ini menyusuli tindakan Presiden Amerika Syarikat itu yang mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Berucap di rapat tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, tokoh berusia 93 tahun itu berkata kemarahan yang tercetus disebabkan keputusan Encik Trump itu "akan membawa kepada apa yang dipanggil pengganasan".

"Hari ini kita sudah ada pembuli antarabangsa. Trump, carilah seseorang yang setanding dengan anda. Ini (rancangan Baitulmakdis) hanya akan mencetuskan kemarahan orang-orang Islam," kata Dr Mahathir yang juga pengerusi perikatan parti pembangkang Malaysia.

"Kita mesti menggunakan kuasa kita untuk menentang penyangak yang merupakan Presiden Amerika Syarikat," tegas Dr Mahathir, sambil menggesa semua negara Islam supaya memutuskan hubungan dengan Israel.

Pada minggu lalu, Encik Trump mengubah dasar Amerika yang sudah bertahan selama berdekad-dekad dengan mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan berkata Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis dari Tel Aviv pada tahun-tahun mendatang.

Status Baitulmakdis adalah salah satu isu paling rumit dalam rundingan keamanan Israel-Palestin. Israel menganggap Baitulmakdis sebagai ibu kotanya yang abadi dan mahu semua kedutaan ditempatkan di sana.

Warga Palestin pula mahukan Timur Baitulmakdis sebagai ibu kota negaranya kelak. Ia kini diduduki Israel setelah ditaklukinya dalam Perang Timur Tengah pada tahun 1967 dan diilhakkan dalam satu langkah yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Muhyiddin Yassin, seorang lagi pemimpin pembangkang, menggesa pemerintah Malaysia supaya jangan meneruskan rancangan untuk membuat pelaburan di Amerika Syarikat.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pula menggesa Muslim sedunia supaya menentang sebarang pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Para pengguna media sosial di Malaysia juga berikrar untuk memboikot syarikat-syarikat Amerika seperti McDonald's, menyusuli keputusan Encik Trump.

Francais restoran itu di Malaysia menyatakan ia tidak menyokong mahupun terlibat dalam sebarang konflik politik dan agama.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata PM Najib dan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan memimpin perhimpunan tunjuk perasaan pada Jumaat depan (22 Dis) di Putrajaya, menurut laporan media. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan