Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir dirawat akibat jangkitan paru-paru

Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam kenyataan hari ini (10 Feb) menyatakan Dr Mahathir, 92 tahun, kini menerima rawatan di wad biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dirawat akibat jangkitan paru-paru

Mantan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad dalam satu temu bual dengan Reuters. (Gambar: REUTERS/Lai Seng Sin)

Diterbitkan : 10 Feb 2018 07:26PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 07:28PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak malam tadi (9 Feb) akibat jangkitan paru-paru menyusuli batuk berterusan.

Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam kenyataan hari ini (10 Feb) menyatakan Dr Mahathir, 92 tahun, kini menerima rawatan di wad biasa.

"Dr Mahathir dijangka dirawat untuk beberapa hari bagi membolehkan beliau menerima rawatan dan pemerhatian,” menurut kenyataan itu.

Lawatan hanya dibenarkan untuk anggota keluarga terdekat Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan