Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir dipindah ke wad biasa IJN, ceria dan bersemangat

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dipindah ke wad biasa IJN, ceria dan bersemangat

Dr Mahathir. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad semakin pulih dan sudah pun dipindahkan ke wad biasa Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu (26 Jan), kata anak perempuan beliau, Marina Mahathir.

Anak sulung Dr Mahathir berkata ayahnya yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN, kini ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya. 

“Daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih,” kata Marina dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata untuk mengelak jangkitan, kedua-dua Dr Mahathir dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

Marina berkata Dr Mahathir dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya.

Pada Sabtu lalu (22 Jan), Marina memaklumkan bahawa keadaan Dr Mahathir stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lalu. 

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif keesokan harinya dan dibenarkan keluar pada 13 Januari. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita