Dr Mahathir dipelawa sertai Parti Bumiputera Perkasa M'sia selaku penasihat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad dipelawa menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta menjadi penasihat parti itu dan kini negarawan itu sedang memikirkan tawaran tersebut dengan mendalam.
Menurut Dr Mahathir, Presiden Putra Ibrahim Ali telah mempelawa beliau untuk menyertai parti berusia empat tahun itu selepas Ahli Dewan Tertinggi Putra yang bermesyuarat pada Sabtu (18 Feb) bersetuju menjadikan beliau sebagai sebahagian daripada ‘keluarga’ Putra.
“Setakat ini, saya tak nampak sebab yang saya tidak boleh terima untuk sertai Putra tetapi saya selalu beri masa kepada saya untuk memikir dengan mendalam sebelum buat keputusan.
“Jemputan untuk saya sertai parti Putra sesuai dengan perjuangan saya. Saya akan meneliti sama ada sesuai atau tidak dengan saya, kalau sesuai saya akan buat permohonan untuk menjadi ahli, kemudian kalau nak bagi saya jadi penasihat, bolehlah saya jadi penasihat,” katanya semasa sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu.
Dr Mahathir baru-baru ini keluar daripada Parti Pejuang yang diasaskannya dan ia dimaklumkan dalam satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Amiruddin Hamzah ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).
Sementara itu, Encik Ibrahim berkata keputusan Putra menjadikan Dr Mahathir sebagai penasihat dan undangan sebagai ahli parti adalah atas pengalaman luas beliau dalam arena politik selain tekad memperjuangkan nasib kaum Melayu di negara ini.
"Putra yakin Dr Mahathir boleh sumbang pelbagai buah fikiran dan idea serta strategi untuk sama-sama menggerakkan Parti Putra, khususnya menggerakkan perjuangan bangsa," katanya yang turut menyerahkan borang keahlian, surat pelantikan penasihat dan surat jawapan kepada Dr Mahathir.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.