Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan lanjut, dijangka berada di sana selama beberapa hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara

Bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Behrouz Mehri/AFP)

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada Khamis (16 Dis) untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

Menurut kenyataan daripada IJN, Dr Mahathir tiba di institut itu pada pukul 7.00 malam.

“Yang Amat Berbahagia Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari lagi,” katanya.

Seorang daripada pegawainya ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya , benar sebagaimana dalam kenyataan,” kata beliau.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita